ULSER...
Tompokan
putih itu ialah sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut
mulut kita. Tompokan itu dinamakan ulser mulut. Selain bahagian pipi,
lidah juga mudah mendapat ulser. Rasa sakitnya menyebabkan anda hilang
selera untuk mengambil makanan atau minuman panas. Malahan sukar untuk
bertutur.
Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan
bakteria, virus atau fungus. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja
tanpa mengenal umur. selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga
boleh disebabkan kerana kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau
lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya.
Ulser juga boleh timbul kerana kekurangan zat makanan, tekanan, kurang
rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor. Rawatan tertentu seperti
rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada
penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut. Ulser mulut
yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu
hingga dua minggu selepas mendapat rawatan.
Ulser boleh dirawat dengan meletakkan garam ke atas tompokan putih tadi.
Awas! cara ini amat menyakitkan. Selain itu, anda juga boleh
mendapatkan rawatan dengan sejenis krim atau gel yang terdapat di kedai
farmasi.
|
No comments:
Post a Comment