Pesanan buat manusia yang bergelar WANITA...
Jeans is my style . Skinny jeans paling minat . Nampak 'kemas' . Legging cun juga tapi tak boleh pakai nanti nampak peha yang berisi . Hewhewhew *gelak gedik . Kena pandai cover . Baju nak yang ada shape . Kalau straight cut nampak gemuk la . Tak boleh la nak tunjuk kekurusan diri ini . Baju lengan pendek tak panas sangat tapi sebab nak nampak tutup sikit , cardigan menjadi pilihan . Shawl semua yang the latest , dari awal-awal dulu yang corak alphabet/bintang/bulan , ke corak kedut-kedut yang hujung ada besi bintang/bulan , ke pashmina yang sebesar alas meja hingga sekarang ala-ala tribal . Koleksi tudung bawal pun ada , sekarang ni makin murah , rm5/rm 4 sahaja . Macam-macam kaler ada yet simple is beautiful right . Dulu time sukan sekolah , malas nak letak pin , main ikat hujung tudung bawal ke belakang , SENANG . Tambah malas tahap maksima , tudung yang serelum kepala/ariani pun ada . Macam fesyen ada , berlayer-layer/kain jenis jeans pun ada . Kelassssss sangat . Di lihat cermin , rasa bangga sebab nampak cun/comel ataupun at least ada la laki-laki yang buat bunyi tikus bila nampak kita . Perfume di spray ibarat tak mandi sebulan . Jauh 3 batu dah boleh bau . Make up tak usah cerita , muka sendiri yang asli di palsukan dua tiga lapis dengan benda-benda ni *bedak/gincu/eyeliner/maskara/
Allahurobbi . Tak usah susah-susah nak diet untuk cantik , kerana nanti apabila sudah kurus , kau akan lupa Allah , bila kurus mula nak pakai baju yang ada shape . Tak payah susah-susah nak rebondingkan rambut yang kerinting , takut-takut bila dah lurus , kau mahu free hair pula . Tak usah nak putihkan muka dengan bermake-up tebal , takut-takut bila di mengorat oleh ramai lelaki , kau mula lupa Allah . Allah..Allah.. Longgarkan pakaian mu , labuhkan tudung mu melepasi dada , sarung tangan di lengan mu dan stokin jangan dilupa sayang ku sekalian . Cantik di mata manusia tak bernilai apa-apa , cantik di mata Allah membawa seribu makna .Kita kan nak cari redha ALLAH , kan kan ? Lelaki yang suka melihat mu dalam keadaan di atas , sebenarnya sedang merosakkan mu , dia bukanlah lelaki yang terbaik , kerana lelaki yang baik akan menundukkan pandangannya . Pakaian yang terbaik ialah apabila kamu dapat bersolat dengan pakaian itu . Jangan sangka tudung bawal yang kamu cuba tutup dada mu itu sudah sempurna , lihat dari sisi , sudah tertutup kah 'ia' ? Jangan sangka baju mu itu sudah tutup aurat andai yang 'pakaian dalam' masih nampak bentuknya dari belakang ,Sesungguhnya yang tertutup itu kan lebih indah . Ni kan perintah Allah , kenapa kita berani tak ikut ? Tak takut api neraka kah ? Kita nak syurga kan ? Allah sayang kita . JOM TUTUP AURAT
30 PERKARA YANG PERLU DIJAUHI OLEH WANITA
1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi
**BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.
No comments:
Post a Comment