CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 17, 2013

Assalammualaikum...

Buat sahabat,
Yang berada dalam kesedihan, 
kegelisahan & kemarahan,
Semua perasaan itu adalah lumrah dalam kehidupan,
Kita manusia yang kadang kala tak boleh lari 
dari segala macam perasaan,

Buat sahabat,
Saya sentiasa perlukan awak untuk menjadi benteng 
di dalam perang kehidupan ini,
& saya berharap yang awak tak akan lari 
jauh dari saya,
Walau apa pun terjadi saya akan sentiasa 
untuk cuba menemani awak,
Saya setia untuk berlari bersama awak,
Pabila penat kita akan sama-sama berehat diatas 
padang rumput sambil baring tengok langit,
Kita kira bintang-bintang malam yang cantik menghiasi langit TUHAN...

In Sha Allah, kita akan sama-sama baring sambil tengok langit kat sini =)

Buat sahabat,
Iblis & syaitan bersorak gembira bila berjaya buat hati 
& fikiran kita bercelaru,
Seboleh-bolehnya dia nak diri kita ni hancur,
Awak meti kuat untuk lawan semua ni,
Saya bukan teman yang baik,
Tapi saya cuba untuk dekatkan diri awak & 
saya dengan ALLAH,
Bila kita jauh dan lupa ALLAH kita akan rasa kehilangan,
Sebenarnya ALLAH tak pernah lupa kita,
& akan sentiasa bersama kita...


Ya ALLAH kau ampunilah kami kerana 
sering kali lalai dari mengingati MU,
Kami lebih taksub dengan keseronokan & 
kemegahan duniawi,
KAU dekatkanlah diri kami dengan MU,
& janganlah kau putuskan persahabatan 
kami ini Ya ALLAH,
Biarlah maut yang memisahkan silaturrahim ini....
Amin.

No comments:

Post a Comment