Hari ni tiba-tiba rasa nak kongsi pulak tentang perihal diri ini...walaupun saya tak "sefamous" artis @ selebriti.
Nama penuh yang diberikan oleh mak dan ayah ialah ASMA BINTI ABDULLAH. Nama yang sangat simple dan mudah untuk diingati. Walaupun nama ni nampak ringkas tapi untuk pengetahuan semua bahawa nama ASMA ni juga merupakan nama anak perempuan SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ. Terima kasih MAK dan AYAH sebab bagi nama yang indah ini. Tanggal 4 Mac 1991 jam 11.42 pm saya telah dilahirkan di HOSPITAL KULIM, KEDAH dengan berat 3.05 kg.
Tak ingat la ni masa berapa bulan |
Lupa pulak nak bagitau...saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang besar. Merupakan anak ke-15 daripada 16 orang adik-beradik (kini 13 orang, Al-Fatihah kepada abang & 2 kakak kembarku). Adik-beradik saya terdiri daripada 7 perempuan dan 6 lelaki. Saya sangat bertuah sebab dilahirkan didalam keluarga ini....terima kasih ALLAH sebab berikan saya sebuah keluarga yang bahagia & penyayang.
Mulakan menuntut ilmu di Tadika Perpaduan Serdang pada usia 6 tahun. Selepas tu melanjutkan pelajaran di Sekolah Kebangsaan Dato' Haji Zainuddin dari darjah 1 hingga ke darjah 6. Pada tahun 2004 umur telah meningkat ke usia 13 tahun, so dah masuk sekolah menengah. Bersekolah pula di Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang sehingga ke tingkatan 6 atas....Terima kasih cikgu-cikgu yang telah banyak berikan ilmu kepada saya, minta dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan dari dunia sampai akhirat.
Masa ni darjah 6 |
Selepas tamat tingkatan 6, cuba untuk mencari pengalaman dalam bidang pekerjaan pula. Ala sambil-sambil tunggu result STPM. So dengan menunggang motosikal bersama kawan (NABILA), kami ronda keliling Hi-Tech Kulim untuk cari kerja. Last-last dapat la kerja kat kilang BCM. Dapatlah juga merasa jadi MH kat receiving office...Nabila pulak dapat jadi operator...Ok dah dapat keja...start keja kat BCM bulan 12 macam tu la sebab tunggu exam habis dulu....
Lepas 7 bulan bekerja, result exam dah dapat...Masa tu tak terpikir pun yang akan dapat masuk U. Tup tup semak-semak SUKACITA DIMAKLUMKAN ASMA BINTI ABDULLAH TELAH BERJAYA UNTUK MEMASUKI UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (lebih kurang macam tu la)....Sangat tak disangka dapat sambung belajar lagi. Mula-mula rasa seronok lepas tu risau pulak sebab kena p jauh kan...tapi kata-kata MAK buatkan semangat tu bangkit kembali.
Mak : Tak pa p jalah, duit boleh cari. Dapat belajaq kat mana pon p ja... :)
**terima kasih MAK sebab bagi semangat
Pada 6 September 2011 bersamaan hari SELASA dengan hati yang sayu, diri ini telah menyahut seruan JIHAD dalam menuntut ilmu...Berseorangan menaiki flight untuk ke bumi BORNEO untuk menambah pengetahuan....Selamat tinggal KEDAH & SARAWAK i'm coming....teruja tapi takut...yalah tempat orang kita tak biasa lagikan. dapat pulak course yang tak dijangkakan SINEMATOGRAFI...niat dalam hati tak pa aslkan dapat masuk U...he3
NOW, dah 2 tahun saya duduk kat SARAWAK land of hornbil...ALHAMDULILLAH akhirnya saya lebih cintakan bidang yang saya ceburi ni. Jumpa kawan-kawan baru...TQ all coz be are my friends..susah senang bersama..moga-moga dapat kita layari kejayaan kita ni bersama-sama.. :)
No comments:
Post a Comment