Mood aku hari ni share tentang lagu-lagu kegemaran aku. Yalah terasa keboringan bila kat rumah ni kami tinggal 3 orang jak. Mizs Niey & Cik Debab tengan dok buat sandwich kat dapur, kalau aku malam-malam ni lebih suka layan internet ja....
Aku paling suka la layan lagu-lagu zaman rock kapak dulu. Mungkin ada sentimental kot dalam lagu tu...he3. Yalah zaman kelahiran aku dulu pon dalam arena rock kapak jugak kan. Bagi aku lagu Awie memang yang terbest la. Kalau sekarang pon p karaoke sah lagu Awie akan jadi pilihan aku. Lagu dia yang paling aku suka Ratuku dengan Ranggi Metropolis. TAk tau kenapa 2 lagi jadi lagu febret aku.
PadaMu Ku Bersujud memang best |
Selain dari tu, aku pon suka juga lagu-lagu kerohanian. Macam lagu Opick, Ungu ngan Afghan tu, ada dia punya nasihat supaya kita dekatkan diri dengan ALLAH.. Mungkin la ada setengah pendapat kata lagu ni melalaikan. Benda tu memang x dinafikan kalau kita ni terlalu taksub atau sepanjang masa dengar lagu memang benda tu jadi "lagha". Tapi kalau setakat dengar sebagai halwa telinga it's ok...
Semua lagu Opick memang menyentuh hati |
Lagu ni pon sebenarnya ada mesej yang cuba disampaikan. Memang la sekarang ni banyak lagu-lagu cinta. Tapi lagu yang bagi mesej ni pon tak kurang banyaknya jugak. Cuba la kita dengar 1 lagu tu kita ambik feel, cuba faham maksud di sebalik lagu tu. Kat situ kita dapat tau lagu tu nak ditujukan pada sapa....
AndaiKu Tahu...banyak mesej dalam lagu tu |
ni link dia, sah akan membuatkan anda bersa sayu... =)
No comments:
Post a Comment