Assalammualaikum
=)
|
ni la bekas yang diberikan untuk kami simpan kahak.... |
Semalam rumah aku dikunjungi oleh orang-orang dari pejabat kesihatan. Dia kata ada saringan untuk penyakit tibi. Jadi dia bagi bekas ni dekat aku, Mizs Niey ngan Cik Debab untuk kami simpan kahak. Untuk buat ujian penyakit tibi tu dia perlukan kahak @ lendir yang ada kat paru-paru pada waktu pagi. Pagi tadi dia mai nak ambik kahak tu, aku lah orang yang paling last bagi benda tu kat dia dan aku rasa rumah kami la paling lama dia kena tunggu...he3 sorinya Puan sebab ambik masa Puan... =). So aku nak share sikit tentang penyakit tibi....
PENYAKIT TIBI
APAKAH PENYAKIT TIBI?
* Tibi adalah sejenis penyakit berbahaya yang membawa maut jika tidak dirawat.
* Ianya disebabkan oleh kuman Tibi.
* Kuman Tibi biasanya menjangkiti paru-paru tapi boleh
juga menyerang organ-organ badan yang lain seperti tulang, otak, kulit,
kelenjar, buah pinggang dan sebagainya.
BAGAIMANA PENYAYIT TIBI MEREBAK?
* kuman Tibi di sebarkan melalui udara.
* Pesakit Tibi akan mengeluarkan berjuta-juta kuman Tibi ke udara ketika bersin atau batuk.
* Orang yang menyedut udara tercemar
dengan kuman Tibi akan berisiko untuk dijangkiti penyakit Tibi.
TANDA-TANDA PENYAKIT TIBI
*Batuk berterusan Iebih dari 2 minggu
*Kahak berdarah
*Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
*Hilang selera makan
*Susut berat badan
*Sakit dada apabila menarik nafas atau batuk
*Mudah Ietih.
BAGAIMANA MENGESAN PENYAKIT TIBI
*Jika anda mengalami tanda-tanda yang disebutkan, anda perlu melakukan pemeriksaan berikut:-
*Pemeriksaan doktor
*pemeriksaan kahak untuk pastikan kuman Tibi
*Pemeriksaan X-ray dada.
RAWATAN PENYAKIT TIBI
*Penyakit Tibi boleh dirawat dengan sempurna sekurang-kurangnya selama 6 bulan iaitu:-
*2 bulan pertama -makan ubat setiap hari
*4 bulan berikutnya-makan ubat 2 Kali seminggu
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
*Memberi suntikan BCG kepada bayi yang baru lahir
*Segera ke hospital, jika mengalami batuk yang berterusan lebih dari 2 seminggu
*Sesiapa yang tinggal bersama dengan
pesakit Tibi perlu melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital
kerajaan
*Memastikan rumah mempunyai pengudaraan yang sempurna
*Membiarkan banyak cahaya matahari
masuk ke dalam rumah kerana cahaya boleh membunuh kuman Tibi.
*Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
*Mendapatkan rehat yang cukup.
*Elakkan tinggal bersesak-sesak dalam rumah yang sempit
KEMUDAHAN KESIHATAN
*Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh didapati secara
percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan.
FAKTA PENTING
*Penyakit Tibi tidak boleh berjangklt melalul makanan dan minuman.
*Penyakit Tibi bukan sejenis penyakit keturunan
*Pesakit Tibi yang telah menerima
rawatan lebih dari 2 minggu, tidak lagi menjangkiti orang lain.
*Anda berpeluang untuk sembuh jika anda mematuhi rawatan yang disediakan.