Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda berkenaan tiga simpulan ini:
Syaitan mengikat di atas kepala seseorang kalian yang tidur dengan tiga
simpulan dan menjadikan setiap simpulan pada tempat yang sepatutnya,
lalu berkata:
“Bagi kamu malam yang panjang, tidurlah!”.
Apabila orang itu bangun dan mengingati Allah, terbukalah satu simpulan.
Apabila orang itu berwudhu’, terbukalah satu lagi simpulan.
Apabila orang itu bersolat, terbukalah semua simpulan.
Maka pada pagi harinya diri orang tersebut bersemangat lagi ceria.
Sedangkan jika tidak (yakni semua simpulan masih terikat kerana tidak
bangun malam) maka pada pagi harinya diri orang tersebut malas dan
murung.
Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 3269
Tuesday, July 30, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment