Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda berkenaan tiga simpulan ini:
Syaitan mengikat di atas kepala seseorang kalian yang tidur dengan tiga
simpulan dan menjadikan setiap simpulan pada tempat yang sepatutnya,
lalu berkata:
“Bagi kamu malam yang panjang, tidurlah!”.
Apabila orang itu bangun dan mengingati Allah, terbukalah satu simpulan.
Apabila orang itu berwudhu’, terbukalah satu lagi simpulan.
Apabila orang itu bersolat, terbukalah semua simpulan.
Maka pada pagi harinya diri orang tersebut bersemangat lagi ceria.
Sedangkan jika tidak (yakni semua simpulan masih terikat kerana tidak
bangun malam) maka pada pagi harinya diri orang tersebut malas dan
murung.
Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 3269
Tuesday, July 30, 2013
Tuesday, July 23, 2013
Kebahagian yang Allah Bagi
Pernah tak terfikir macam mana perasaan bila seseorang manusia
tu hidup kat dunia tak ada seorang manusia lain yang pedulikan dia
Macam mana perasaan orang tu
Tak ada sapa yang ambik tau dah makan ke, sihat ke, kenapa kita sedih
Tak ada orang yang call, mesej-mesej ajak keluar
Aku terfikir kalau la benda ni jadi kat aku
Macam mana la keadaan diri kita kan
Mesti kita dah hanyut terlalu jauh
Jauh dari dunia realiti yang sebenar, tersimpang dari norma kehidupan
& yang penting mesti kita jauh dari ALLAH
Jauh dari dunia realiti yang sebenar, tersimpang dari norma kehidupan
& yang penting mesti kita jauh dari ALLAH
Allahu Akhbar
Syukur rasanya sebab DIA masih bagi perhatian kat kita
DIA tak bagi kita rasa sunyi & tak dipedulikan
DIA bagi kita ayah,emak,abang,kakak & adik yang penyanyang
Kawan-kawan yang sentiasa bersama susah & senang
Jiran-jiran yang sentiasa ambik berat
DIA bagi kita ayah,emak,abang,kakak & adik yang penyanyang
Kawan-kawan yang sentiasa bersama susah & senang
Jiran-jiran yang sentiasa ambik berat
Tapi tu lakan kadang-kadang kita suka bersangka buruk dengan DIA
Kita kata DIA tak adil sebab selalu ja kita kena musibah
Kita lupa yang DIA akan uji kita sebab DIA sayangkan kita
Dia nak tengok kuat tak kita nak hadapi ujian tu
Sepatutnya kita sedar yang ujian tulah yang akan lebih mematangkan kita
Sepatutnya kita sedar yang ujian tulah yang akan lebih mematangkan kita
Ya ALLAH Ya tuhanKu
Terima kasih sebab kau berikan aku keluarga yang bahagia
Kawan-kawan yang baik
& yang penting KAU sentiasa bersama hambaMU ini dalam apa jua keadaan
Terima kasiha Ya ALLAH =)
Kawan-kawan yang baik
& yang penting KAU sentiasa bersama hambaMU ini dalam apa jua keadaan
Terima kasiha Ya ALLAH =)
Friday, July 19, 2013
Mini Monopoly
Untuk mengelakkan keboringan yang melampau aku, Mizs
Niey ngan Cik Zila ambik inisiatif p beli monopoly. Kalau boring-boring boleh
gak main. Bukan main beli mahai-mahai last-last baru 2 kali kami main. Benda 2
pon tak dapat nak menghilangkan keboringan kami ni. Akhirnya, dia dok berlapok
ja atas meja tak diusik…he3…Kejamkan ka mi sebab tak pedulikan awak Mr. Monopoly.
Alahai Roti Canai
Sepanjang antarsesi ni niat aku nak belajar memasak. Ada la dah
beberapa resepi yang cuba dimasak. Hari tu masa aku kol mak aku sembang –sembang la ngan dia.
Tiba-tiba aku bagitau yang teringin nak
makan roti canai. Mak aku kata buat la. Aku pon Tanya la nak kena letak apa nak
uli roti canai. Mak aku pon bagitau la yang yang nak kena bubuh.
Esoknya aku pon p la beli barang-barang. Balik terus menguli
roti canai. Masa dok tenga adun tu aku pelik jugak kenapa tepung tu relai tak
jadi doh.Aku ngan Mizs Niey pon dok pulun tambah merjerin siap p letak minyak
lagi tu. Lepas dah siap uli kami pon rendam la doh 2 dalam minyak.
Malam tu masa nak canai, kami pelik kenapa tepung tu jadi macam
reput susah nak tarik bagi besaq. Aku pon terus kol la mak aku. Mak aku kata
mungkin sebab marjerin banyak sangat. Aku cakap la kat mak yang tepung tu tak
mau jadi doh kalau marjerin sikit. Mak aku cakap mungkin tepung tu tak berapa
elok. So, aku rasa aku kena balik kampong belajar dulu ngan sifu aku hingga aku
mahir nak buat roti canai lepas 2 baru boleh buat sendiri…..
Resepi Roti
Canai Warisan Bonda (sebab mak aku yg bagi resepi ni)
Bahan-Bahan
-Tepung
-Susu
-Marjerin
-Air garam
-Minyak
Cara-caranya
-Bancuh
tepung dengan susu, marjerin dan air garam. Marjerin & susu perlu letak
sikit ja sebab nanti masa canai tepung koyak.
-Lepas dah diuli dan jadi doh, perap doh tu dalam minyak. Agak
doh 2 dah sebati dalam minyak boleh la dicanai. (kalau uli tepung petang, malam
tu dah boleh canai)
Tuesday, July 9, 2013
Peristiwa Peperangan di Bulan Ramadhan :)
Perang Badr al-Kubra 17R/2H
Merupakan peperangan yg paling singkat, namun adalah peperangan yg paling hebat dlm sejarah umat Islam. Ianya merupakan peperangan yg memisahkan antara haq dan batil. 313 tentera muslimin vs 1000 kafir Quraish.

Orang yang berjuang demi mencapai
keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah
menegaskan dalam Surah Ali ‘Imran ayat 123 hingga 125.” Sesungguhnya
Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu
orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu
mensyukurinya”.
Persiapan Rasulullah dlm Perang Ahzab
Dinamakan juga Perang Khandak (parit) kerana tentera Islam telah menggali parit yg sgt dalam di sekeliling kota Madinah sepanjang Ramadhan untuk menghalang tentera musuh dari menceroboh dan menyerang Madinah. Perang ini berlaku pd awal bulan Syawal tahun ke 5 Hijrah dan ini ada diceritakan dalam al-Qur’an di dalam Surah Al-Ahzab.

Pembukaan kota Mekah 10R/6H
Fathu Makkah. Umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya, dan manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Allah menyebutnya dalam Al Quran Surah Al Nasr.

Hari kehancuran berhala-berhala di Mekah 25R/9H
Nabi Muhammad SAW menyucikan Kota Mekah dengan memusnahkan 360 patung berhala di sekeliling Kaabah. Khalid Al Walid menghancurkan berhala yg paling agung dan besar, Al Uzza, sementara Amru Al-As menghancurkan berhala Suwa’ dan Saad bin Zaid memusnahkan berhala Manat.

Perang Al-Qadisiyyah 9R/16H
Kemenangan besar Islam dalam peperangan Al Qodisiyyah yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqas. Tentera islam seramai 10,000 vs tentera Parsi 120,000 orang. Sejak dari itu, hancurlah empayar Parsi yg gah dan terkenal, dan Umar r.a memakaikan gelang Raja Kisra pada Suraqah bin Malik seperti yg dijanjikan oleh Rasulullah.

Bermulanya era keemasan Andalusia selama 700thn 9R/92H
Kemenangan Islam di bawah pimpinan Thoriq bin Ziad ke atas raja Rudrik di Sepanyol. 12,000 tentera Arab dan Barbar menetang 90,000 tentera Gothic pimpinan Raja Rudrick. Selepas tiba di daratan Sepanyol, Thariq bin Ziad membakar kapal2 tentera Islam dan menyahut “Kita telah membakar kapal2 kita, dan sekarang tiada apa yg boleh menyebabkan kita lari dr bertempur dgn tentera kufar, sekarang yg tinggal hanya kemenangan yg nyata atau syahid di jalan Allah”. Tentera muslim yg bersemengat meggempur tentera Rudrick sehabis-habisnya sehinggalah mereka dikalahkan dgn teruk. Bukan shj raja Rudrick dan tenteranya mati dibunuh, bahkan Tariq bin Ziad berjaya memerdekakan Spain, Sicily (Itali) dan sebahagian Perancis.

Peperangan Zallaqah di Portugal 10R/459H
Al-Muktamin dgn bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin
memerangi al-Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI
yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang
singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Portugal dan
menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Dinasti Murabit berdiri sejak
1090 hingga 1147 Masihi.
9R/559H
Tentera Islam di bawah pimpinan As-Sutan Nuruddin Az-Zanki mendapat kembali negara Harim,barat Halab di Syria daripada tentera Salib. Salahuddin Al-Ayubi kemudian menggantikan Nuruddin dlm siri peperangan Salib merampas kembali tanah umat Islam di Palestin.

Perang Salib pimpinan Salahuddin al-Ayubi 22R/648H
Kemenangan Islam di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi dengan merampas kembali Baitul Maqdis dan mengusir tentera Salibiyyah. Ahli sejarah menceritakan tentera salib yg menguasai Baitul Maqdis di Palestin ketika itu sungguh ganas dan kejam, membunuh sesiapa sahaja yg tdk memberi sokongan kpd mereka, termasuk org2 kristian sendiri. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak menara dan bumbung-bumbung rumah mrk, mereka dibakar hidup-hidup, diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, diheret ke hadapan umum dan dikorbankan di tiang salib (Ketika peristiwa Ambun tahun 1999 di Indonesia, org2 kristian Indonesia telah meniru kekejaman tentera Salib ini terhadap umat Islam di Ambon).
Hasil usaha yg lama, tentera Islam pimpinan Salahuddin bertempur hebat dgn gabungan tentera2 Salib dari Eropah. Perancis dan Jerman dgn jumlah yg sgt besar. Tentera Islam mdpt kemenagan yg agung dan mengusir tentera Salib dari Baitul Maqdis, yakni jantung umat Islam.

Perang Ain Jalut 24R/658H
Pada tahun 1258, tentera Mongol pimpinan Jeneral Hulagu Khan (cucu Genghis Khan) merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah (ketika Islam menakluki 2/3 dunia). Dalam serangan itu, berjuta-juta umat Islam terbunuh sehingga diceritakan darah manusia mencecah ke paras lutut kuda dan buku2 karangan sarjana Islam dr perpustakaan terbesar dunia Baitul Hikmah dibuang ke dalam Sungai Furat sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.
Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Saifuddin al-Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut.
Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan barbarik akhirnya kalah kepada tentera Islam. Ahli sejarawan menceritakan bhw jika ditakdirkan tentera Islam kalah pd ketika itu, nescaya sudah tentu dunia ini telah ditawan oleh tentera Mongol.

Perang Serbia 26R/927H
Kemenangan Islam di bawah pimpinan Panglima Othmani Murad dan pembukaan Bandar Balgred di Serbia.
Kemenangan Islam di bawah pimpinan Panglima Othmani Murad dan pembukaan Bandar Balgred di Serbia.
Perang Yakhliz 15R/1294H
Bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

Perang 6 hari 10R/1393H
Kemenangan Islam ke atas Zionis dalam perang 6 Oktober yang melibatkan negara Mesir. Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973.
Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih.
Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Hari ini dalam sejarah Ramadan.
Pada 1 Ramadhan 587 H
Kaum Muslimin berjaya menguasai kota ‘Asqolan yang merupakan pintu masuk menuju kota Al Quds.
Penguasaan kota ini diketuai oleh Salahuddin Al Ayyubi sebagai strategi menahan kelajuan kekuatan kaum salib (nasrani) yang akan merebut kota Quds.
Pada hari penaklukannya Salahuddin Al Ayyubi berkata, “Demi Allah sesungguhnya penghancuran benteng di ‘Asqolan lebih aku sukai walaupun aku harus kehilangan seluruh anakku, kerana penguasaan ‘Askolan adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum Muslimin.”
Sumber :
Kitab “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah

Assalammualaikum Ya Ramadhan
Alhamdulillah masih dapat menghirup uadara di bulan Ramadhan yang mulia.
Terima kasih Ya Allah, moga-moga ini bukan Ramadhan terakhir buat hambaMu ini
Hati yang sedikit sedih mengenangkan diri yang berada di perantauan
Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun yang sudah
Tiada lain yang diinginkan dibulan mulia ini
HambaMu yang kerdil ingin memperbanyakkan ibadah & amalan mulia
Harapan hambaMu ini agar dapat menyambut Syawal bersama keluarga

Monday, July 8, 2013
9 Jenis Anak Syaitan
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Sunday, July 7, 2013
Mini Film Festival 9th
Ni merupakan kenangan kami tahun ni iaitu MFF 9th yang bertemakan magical & fantasy. Kami yang pelajar tahun 2 kena siapkan set untuk majlis ni. Tahun 3 handle kesuluruhan majlis ni, tahun 1 pulak kena tolong tahun 3....
SET DESIGN ON PROGRESS
MALAM MFF
Bila keboringan melanda diri :p
Masa ni tinggal aku ngan Mizs Niey ja kat rumah. Boring sangat-sangat, tak tau nak buat apa. Tiba-tiba Mizs Niey ambik lilin letak atas meja, dia kata nak main sambut besday....he3.Aku pon rasa teruja nak join maik gak. Kami ambik kek lebih besday Setsuko, letak lilin atas tu. Siap nyanyi lagu "Happy Birthday" lagi sebelum potong kek. Teringat pulak masa kecik-kecik dulu dok main pondok-pondok... =)
Kelebihan Bulan Ramadhan
- Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
- Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
- Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
- Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
- Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi di bulan Ramadhan yang mulia.
- Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Friday, July 5, 2013
Makanan Terbaik Mengikut Al-Quran & As-Sunnah
1. Buah Delima
Fiman Allah: " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya." - Surah Al- An'am ayat 99
Khasiat buah delima:
- Kaya dengan unsur zat besi.
- Proses pembinaan darah merah. Mengurangkan risiko penyakit anemia.
- Mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi di antara buah-buahan yang lain.
- Mengandung potassium yang besar isipadunya.
- Mengandungi mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bertindak bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga degup jantung agar tetap normal.
- Meningkatkan kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur.
- Mencegah edema dan mengurangi kadar gula di dalam darah.
- Buah delima juga dapat menghilangkan rasa letih otot dan menguatkan jantung.
2. Kismis
Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadith yang bermaksud: "Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut."

Nabi
Muhammad SAW bersabda : “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21
biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa
penyakit kecuali kematian”.
- Menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.
- Kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.
- Kismis juga dapat meningkatkan keupayaan untuk menghafal.
3. Kurma
Firman Allah SWT dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."
Khasiat kurma:
- Terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.
- Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.
- Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah serta sumsum tulang.
- Makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
4. Habbatus sauda'
Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)." - Hadith Riwayat Hadith dan Muslim
Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)." - Hadith Riwayat Hadith dan Muslim
Khasiat habbatus sauda’:
- Terapi untuk mengaktifkan enzym adenylylclase yang bertanggungjawab terhadap perubahan spesifik dalam peringkat-peringkat usia.
- Terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Saam (mati) - Hadith Sahih Bukhari Muslim.
5. Za'faran
Sayidina Ali pernah menyatakan: "Sesiapa yang mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir. "
Khasiat za’faran / saffron:
- Sangat kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin & Tiamin).
- Membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah dan kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, penenang dan juga peransang tenaga batin.
- Membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa.
6. Madu
Firman Allah: "Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia" - Surah An-Nahl ayat 68-69.
Khasiat madu:
- Mengandungi aneka zat makanan seperti karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, mineral, dekstrin, pigmen tumbuhan, komponen aromatik dan antibiotik.
- Kandungan karbohidrat dalam madu adalah yang tertinggi di antara produk-produk ternak yang lain seperti susu, telur, daging dan mentega.
- Penawar bagi kebanyakan penyakit (dengan izin Allah).
7. Zaitun
Firman Allah: "Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan" - Surah Al-Mukminin ayat 20.
Khasiat zaitun:
- Penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun.
- Membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.
- Bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.
- Mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai “monounansaturated” yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah.
8. Buah Tiin
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda: ”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
- Mengurangkan penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, menghilangkan kahak yang berkumpul serta memberi khasiat yang baik kepada tubuh badan.
- Satu langkah pencegahan untuk melawan racun di dalam badan.
- Dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).
- Tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi lebih tinggi kandungan galian yang lain seperti kalium, serat dan zat besi.
6 perkara Allah sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

10 Mudarat makan berlebihan di bulan Ramadhan
Imam al-Ghazali di dalam kitab Manhaj al-Abidin mengingatkan kita bahawa perut adalah anggota yang paling sukar dijaga sekalipun di kalangan ahli ibadat.
Justeru, beliau telah menyenaraikan 10 kemudaratan berpunca daripada pengambilan makanan yang berlebihan;
✔Pertama: Hati menjadi keras
▍Makan banyak bukan sahaja menjadikan hati semakin keras, malah cahaya akan pergi dan padam.
✔Kedua: Menimbulkan fitnah kepada anggota badan
▍Apabila perut kita kenyang yang berlebihan akan menambahkan kecerdasan kepada anggota badan yang lain. Anggota lain akan bergerak cergas melakukan perkara yang tidak bermanfaat dan mensia-siakan.
▍Mata akan menjadi liar, telinga akan mendengar yang sia-sia, lidah akan banyak berkata-kata, seterusnya semua anggota kaki, tangan dan lain-lain akan bergerak cergas.
✔Ketiga: Melemahkan fikiran
▍Orang yang banyak makan akan menjadikan fikirannya lemah, lembab dan tidak bertenaga. Apabila anggota lain menjadi lemah, secara tidak langsung fikiran dan minda menjadi lemah. Makanan yang berlebihan melemahkan ingatan, melambatkan hafalan dan memadamkan apa yang disimpan dalam ingatan, seterusnya menghilangkan kecerdikan.
▍Abu Sulaiman Abdul Rahman Al-Darani mengatakan bahawa apabila kita menginginkan sesuatu, maka jangan kita makan sehingga apa yang kita ingini berhasil. Ini kerana dengan makan boleh mengubah fikiran kita.
✔Keempat: Mengurangkan ibadat
▍Perut yang berlebihan kenyang akan menjadi badan semakin berat dan sukar untuk bergerak cergas. Mata akan menjadi mengantuk, kaki, tangan dan anggota lain menjadi lesu dan perlu kepada kerehatan. Akhirnya kita akan tertidur dengan nyenyaknya.
✔Kelima: Menghilangkan kemanisan beribadat
▍Makan yang berlebihan akan mengurangkan kemanisan beribadat. Sayidina Abu Bakar RA pernah mengatakan bahawa dirinya tidak pernah merasai kenyang semenjak beliau memeluk agama Islam agar dirinya mendapat kemanisan beribadat. Dirinya tidak pernah puas minum dengan harapan untuk bertemu Allah.
▍Sembahyang yang dilakukan dalam keadaan kekenyangan tidak mendatangkan khusyuk. Maka sebab itulah salah satu Allah mewajibkan ibadat berpuasa sebagai salah satu latihan fizikal agar kita mendapat kemanisan beribadat.
✔Keenam: Terdedah kepada perkara syubhat dan haram
▍Makan yang berlebihan mudah terdedah dan terjerumus kepada syubhat dan haram. Menurut Imam al-Ghazali makanan yang halal itu hanya datang kepada kita sekadar untuk menjadi makanan. Pada hakikatnya harta yang syubhat dan haram itu banyak dan mudah diperoleh.
▍Bahkan kadang-kadang datang secara tiba-tiba tanpa bersusah payah, berusaha keras, tanpa penat dan lelah, tanpa masa yang lama dan tanpa diduga oleh kita. Namun harta yang halal dan bersih lagi suci itu sedikit dan sukar diperoleh.
✔Ketujuh: Menyibukkan hati dan badan
▍Manusia sentiasa sibuk dan resah apabila memikirkan tentang makanan. Masa yang banyak dihabiskan untuk menumpukan kepada makan dan minum. Bermula memikirkan tentang apa yang ingin dimakan, kemudian difikirkan pula soal penyediaannya sehinggalah selesai.
▍Imam al-Ghazali menjelaskan begitu ramai manusia menghabiskan usia kerana makan, apatah lagi cara penyediaan makanan hari ini dengan pelbagai menu sehingga berjam-jam lamanya. Berbeza kalau dilihat pada bulan Ramadan, suasana pada siang harinya tenang.
✔Kelapan: Bebanan urusan akhirat
▍Pesanan daripada Rasulullah SAW bahawa seseorang yang menikmati kelazatan dunia yang berlebihan akan menerima banyak halangan, kesusahan dan kepayahan semasa sakarat al-maut dan di akhirat.
▍Kelazatan di akhirat akan berkurang mengikut kadar kelazatan yang dihabiskan di dunia. Sekiranya di dunia dihabiskan masa dengan kemewahan, kesenangan, keseronokan maka pastinya banyak sekatan, tapisan yang akan dihadapi untuk menuju ke syurga. Di akhirat nanti akan melambatkan urusan untuk ke syurga.
✔Kesembilan: Kurangnya panjaran pahala di akhirat
▍Sesungguhnya kelazatan negeri akhirat akan berkurang berdasarkan apa yang kita ambil daripada kelazatan di dunia. Justeru, Allah akan memberi jaminan tidak sesekali akan mengurangkan kelazatan di akhirat.
▍Allah SWT berfirman yang bermaksud: Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik.
✔Kesepuluh: Tertahan di Padang Mahsyar
▍Makan berlebihan akan tertahan di Padang Mahsyar kerana kiraan hisab amalan. Kita juga akan mendapat celaan dan cemuhan malu kerana tidak mementingkan soal adab. Ini kerana berlebihan itu sebenarnya adalah menurut hawa nafsu syahwat.
▍Setiap amalan yang halal itu tidak akan terlepas daripada kiraan hisab Allah. Tempoh yang lama di padang Mahsyar akan melambatkan kita memasuki syurga Allah.
Bulan Ramadan mendidik umat Islam agar bersifat sederhana terutama dalam urusan makan semasa waktu berbuka. Elakkan daripada berbelanja dengan membeli makanan secara berlebihan agar kita tidak terjerumus kepada perkara yang haram iaitu pembaziran dan pemborosan yang menjadi amalan syaitan.
Amalan bersederhana ini akan menyelamatkan diri kita daripada 10 perkara yang merosakkan ibadat akibat daripada makan yang berlebihan, dan mengelakkan diri daripada ditimpa penyakit. Ini kerana punca segala penyakit fizikal juga adalah berpunca daripada amalan pemakanan yang salah.
Subscribe to:
Posts (Atom)