CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 14, 2013

Kuih Bingka Tumis



Assalammualaikum…:)


                First time aku buat bengkang tumis (kuih bingka) kat sini. Tak sangka tetap jadi walaupun agak garing la. Masih terasa ketradisonalannya walaupun dihasilkan menggunakan cara moden. Aku memang suka kuih ni sebab tu aku belajaq cara nak masak bengkang ni. Dah banyak kali agak masak kuih ni, mak aku kata rasanya OK :). Kiranya aku dah lulus dalam masak kuih ni…

Resepi Kuih Bingka Tumis

Bahan-bahan:
Tepung gandum
Santan
Garam
Gula
Minyak masak*
Bawang merah*
*Digunakan untuk menumis

Cara-caranya:

1)      Mula-mula sekali bancuh tepung gandum dengan santan. Tambahkan juga garam dan gula sehingga cukup rasa.
2)      Panaskan minyak, tumiskan bawang merah sehingga garing.
3)      Masukkan tepung gandum yang telah dibancuh tadi ke dalam kuali bersama bawang tadi masak sehingga tepung ini menjadi beku.
4)      Selepas itu masukkan tepung ini ke dalam loyang dan bakar sehingga masak.

No comments:

Post a Comment