CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 7, 2013

Salam Maal Hijrah

Assalammualaikum...

Dah lama aku x buat entry.. Disebabkan kekangan masa, sibuk dgan assigment ditambah pulak dengan FYP... Aku nak ucap salam Maal Hijrah buat semua umat Islam, x kira dimana berada. Rasa x lambat sgat ucapan aku ni....Semoga dalam tahun baru ni kita dpat tmbahkn lagi pahala dan tingkatkan ibadat...Semoga pada tahun 1435 Hijrah ni, kita dpat ubah dri kepada yg lebih baik, dapat tgkatkan kualiti krja & sgala yg kita lakukan berjaya...



Friday, October 18, 2013

Salam Aidiladha :)

Assalammualaikum

walaupun mood rya dah hbis aku bru nk update tntang pngalaman rya aku kt bumi kenyalang ni. Ini merupakan tahun ke-3 aku braya korban di sini. Tetap meriah walaupon tnpa famili. Kawan2 pon mcm famili jgak. Aktiviti bertandang dari rumah ke rumah tetap kami amalkan... Masa bertandang ni la kmi dpat mkan mcm2...hahaha bab makan memang x bleh tinggal.... :p




Inikah Kitaran Hidup???


Umpama Rumah Usang

Assalammualaikum :)

Dah lama tak buka blog ni. Dah bersawang, segala mcm sarang dah penuh...hahaha. Pelbagai kekangan yg mghalang dari nk buat entry... Ni aku cuba luangkn skit msa nak buat entry. Just first simple entry slepas dh agak sbulan bnda ni tak disentuh..



Sunday, September 29, 2013

Tolong Kawan :)

Assalammualaikum...

Kawan saya baru nak memulakan online bisnes..sebagai kawan saya sedaya upaya support dia...Harap dia berjaya dengan prniagaannya..Selain tu saya nak mnta kawan-kawan yang follow atau baca entry blog ni supaya likes page kawan sya ni...sokongan anda sangatlah dialukan...terima kasih :)

https://www.facebook.com/pages/Kosmetik-murah-murah/520018181420888?ref=stream&hc_location=stream

Sunday, September 15, 2013

PeSanaN ShEikH aHmaD yassiN (1938-2004)





KEPADA PEMUDA DAN PEMUDI

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah.

Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw. Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat. Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul.

Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan.

Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

Islamic Baby :)

Assalammualaikum...







Selamat Hari Malaysia

 Penubuhan Malaysia :)



Tunku Abdul Rahman dalam satu ucapan beliau di depan Persatuan Wartawan Asing di sebuah hotel di Singapura pada 27 Mei 1961, menggagaskan penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei Sarawak, dan Sabah. Antara lain, ia bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Singapura menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan menyertainya. Manakala Sarawak dan Sabah yang mulanya menolak cadangan tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi jaminan mengenai pemerintahan sendiri.

Untuk memberikan kebebasan dan keadilan kepada semua pihak, pada 17 Januari 1962 sebuah suruhanjaya yang akan meninjau pandangan penduduk negeri-negeri tersebut telah diumumkan dan dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya itu dianggotai oleh 5 orang ahli, dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh dua wakil Kerajaan British, Sir Anthonv Abell dan Sir David Watherston, sementara wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri dari Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali Shafie. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.

Sepanjang Februari-April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada parti-pati politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Secara keseluruhan, lebih lapan puluh peratus bersetuju dengan gagasan tersebut dan pada 21 Jun 1962, laporan tersebut telah diserahkan kepada kerajaan British.


Kata sepakat telah dicapai antara Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut berlangsung selama 2 minggu. Pada 9 Julai 1963, satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kerajaan British telah diwakili oleh Perdana Menteri Encik Harold Macmillan, Encik Ducan Sandys dan Lord Landsdowne.

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula telah diwakili oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Encik Tan Siew Sin, Datuk V.T. Sambanthan, Datuk Ong Yoke Lin dan Dr. Lim Swee Aun. Sabah pula telah diwakili oleh Datuk Mustapha bin Datuk Harun, Encik Donald A. Stephen, Encik W.K.H. Jones, Encik Khoo Siak Chiew, Encik W.S. Holley dan Encik G.D. Sundang. Wakil-wakil dari negeri Sarawak pula terdiri daripada Encik P.E.H. Pike, Temenggung Jugah, Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, Encik Ling Beng Siew dan Datuk Abang Haji Openg. Sementara Singapura telah diwakili oleh Encik Lee Kuan Yew dan Encik Goh Keng Swee. Kedua-dua negara bersetuju mengeluarkan kenyataan bersama pada 12hb Julai 1963 iaitu Kerajaan British bersetuju menyerahkan kedaulatan Sabah, Sarawak dan Singapura kepada Kerajaan Malaysia dan Malaysia akan wujud pada 31hb Ogos, 1963.

Ketika ura-ura pembentukan Malaysia menjadi kenyataan, Filipina dan Indonesia menentang keras gagasan tersebut. Filipina mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayahnya manakala Indonesia yang mempunyai perancangan mewujudkan Indonesia Raya telah cuba menggagalkan usaha tersebut dengan lebih keras lagi dengan mengisytiharkan Konfrantasi pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Tentera Indonesia dihantar menyusup sempadan Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak serta Johor.

Cabaran getir yang dihadapi ini tidak mematahkan semangat pemimpin dan rakyat Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah untuk melihat satu negara bersatu. Walaupun perancangan sebenar pengisytiharan akan dibuat pada 31 Ogos 1963, majlis tersebut terpaksa ditangguhkan. Lawrance Michelmore selaku wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi mengadakan tinjuan pandangan penduduk Borneo Utara dan Sarawak. Pada 14 September 1963, laporan telah dikeluarkan yang mengesahkan majoroti penduduk negeri tersebut menyokong penyertaaan dalam Persekutuan Tanah Melayu. Justeru, pada 16 September 1963, gagasan tersebut telah menjadi kenyataan dan lahirlah sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Malaysia.

Pengisytiharan tersebut dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Upacara membaca deklarasi penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, dan Sabah. Turut serta dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negeri yang baru di dalam Persekutuan Malaysia iaitu En. Lee Kuan Yew, En. Donald Stephens dan En. Stephen Kalong Ningkan. Bagaimanapun, penyertaan Singapura hanya mampu bertahan selama dua tahun apabila terpaksa berpisah pada 1965.

Khas untuk ibu bapa sekalian.... Tahukah anda bahawa.. :



1. Anak tunggal slalunye lambat cakap.
2. Anak pompuan ckp byk 3 kali daripada lelaki
3. Bermain dgn anak2 meningkatkan kegembiraan emosi mereka
4. Anak lelaki suke fizikal touch dgn bapak. Main ultramen, pergi padang.Klu anak lelaki x dpt fizikal touch die akan suke bergaduh dgn adik2 die
5. Interaksi antara ibu bapa dan anak dgn bermain akan membina bonding antara anak dan parent.
6. Anak2 pun stress sbb x keluar rumah. So cuba cari masa bawa anak keluar dari rumah.
7. Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (verbal)
8. Anak lelaki mempunya potensi yg lebih besar dari sudut kemahiran visuospatial (ruang). Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti bola sepak, menunggang basikal. Doktor galakan belikan anak basikal kerana ini akan meningkatkan skill mereka
9. Kanak-kanak yg mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur dan berbahasa yang baik
10. Kanak2 yg sering berdamping rapat dgn bapa mereka didapati lebih berdaya saing dlm byk hal. Lebih berkeyakinam diri, sayangkan diri sendiri, mudah menyesuaikan diri di sekolah, kemahiran interpersonal yg baik.

**copy&paste

Saturday, September 14, 2013

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Assalammualaikum...
 
Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Kuih Bingka Tumis



Assalammualaikum…:)


                First time aku buat bengkang tumis (kuih bingka) kat sini. Tak sangka tetap jadi walaupun agak garing la. Masih terasa ketradisonalannya walaupun dihasilkan menggunakan cara moden. Aku memang suka kuih ni sebab tu aku belajaq cara nak masak bengkang ni. Dah banyak kali agak masak kuih ni, mak aku kata rasanya OK :). Kiranya aku dah lulus dalam masak kuih ni…

Resepi Kuih Bingka Tumis

Bahan-bahan:
Tepung gandum
Santan
Garam
Gula
Minyak masak*
Bawang merah*
*Digunakan untuk menumis

Cara-caranya:

1)      Mula-mula sekali bancuh tepung gandum dengan santan. Tambahkan juga garam dan gula sehingga cukup rasa.
2)      Panaskan minyak, tumiskan bawang merah sehingga garing.
3)      Masukkan tepung gandum yang telah dibancuh tadi ke dalam kuali bersama bawang tadi masak sehingga tepung ini menjadi beku.
4)      Selepas itu masukkan tepung ini ke dalam loyang dan bakar sehingga masak.

Gelak Tergolek



Assalammualaikum…

Dear AWAK,
                Saya nak minta maaf banyak2 sebab dah hilangkan novel kesayangan awak. Saya betul2 lupa kat mana saya letak novel tu. Sampai sekarang saya masih menjalankan proses mencari novel awak. In Sha Allah kalau ada jodoh saya jumpa novel ni, saya akan ganti balik novel awak walaupun awak kata tak payah ganti. Dah la awak tak abis baca lagi novel tu. Awak tak tau hujung pangkal cerita tu. Maaf lagi sekali.