CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 7, 2014

SALAM RAMADHAN

 Assalammualaikum =)

Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan salam Ramadhan. Sesungguhnya kita dikira ornag yang beruntung kerana masih berkesempatan untuk melalui Ramadhan kali ini.







Saturday, March 8, 2014

Seriously! ayat ni sangat menyentuh hati.... T T


Semoga impian untuk melihat MH370 kembali dengan selamat akan menjadi kenyataan.
#PrayForMH370

Saturday, February 22, 2014

Masa Depan

Assalammualaikum...

Memandangkan ini sem terakhir di UNIMAS (kalau tak sangkut apa-apa la).. Aku dah mula memikirkan masa depan. Habis belajar ni aku nak buat apa. Masih tertanya-tanya dalam diri. Masih tak ada hala tuju. Risau pun ada, yalah lepas ni dah habis belajar kena la berdikari (masa untuk kita jaga mak bapak pulak, balas jasa keluarga). Ini  mungkinperkara-perkara yang akan mungkin berlaku dalam hidup aku.

Bekerja dalam industri, bersesuaian dengan bidang yang aku belajar. Lagipun masa cuti nanti aku kena praktikal. Kalau production tu puas hati dengan kerja aku mungkin dia akan serap aku kerja terus, kalau tak, tak ada rezeki la. Mungkin kena cari kerja lain.

 Perkara ni mungkin akan berlaku beberapa tahun dari sekarang. Disebabkan hobi aku mencuci baju jadi aku teringin sangat nak buka kedai dobi. Lagipun kat kawasan rumah aku tak ada lagi kedai dobi. Mungkin boleh dapat sambutan (kalau tak ada orang buka kedai dobi dalam masa terdekat ni kat tempat aku la). Tapi sebelum tu aku kena la cari modal dulu, belajar selok-belok bisnes. Kena ada persediaan yang rapi sebelum buka bisnes.

In Sha Allah yang ni pun mungkin ambil masa beberapa tahun lagi. Hahaha, kalau yang ni pun kena ada perancangan juga..Yalah untuk masa depan juga married ni. Tapi buat masa sekarang belum ada jodoh lagi. Pastikan sebelum melalui ni keadaan aku dah stabil. Sekurang-kurangnya aku dah ada harta sendiri dan dah dapat balas  jasa famili aku walaupun tak banyak macam mana yang depa bagi kat aku.

Inilah antara kemungkinan yang akan berlaku dalam hidup aku. Inipun andai ALLAH masih bagi peluang untuk aku ada atas muka bumi ni lagi. Untuk aku rasa nikmat yang DIA bagi lagi. Semoga segalanya dipermudahkan ALLAH. Moga ini menjadi sem terakhir aku belajar, KAU permudahkanlah segalanya... Amin

Friday, February 21, 2014

Keronsang

Assalammualaikum


Beautiful brooch hasil air tangan Cik Aina Mussadik...
Harga berpatutan, ni aku beli untuk bagi kat famili aku...
Ada 3 pilihan...
Yang paling aku suka kombinasi warna yang baik..
orang sekarangkan suka colour blocking... 

Mocha Cafe Latte

Assalammualaikum :)

Al-kisah mocha cafe latte. Aku memang peminat kopi. Tambahn-tambah bila kuliah dah start ni segala macam jenis kopi aku layan, dari Nescafe, Indocafe, kopi kampung semua aku sapu. Hahaha bukan apa nak bagi urat mata ni kuat supaya tak rasa mengantuk. Mocha ni aku beli dari Amway, harga berpatutan tapi yang pasti memang terangkat. Sedap giler....Dalam satu kotak ada 12 bungkus tapi harganya aku dah lupa la...Aku yakin coffee addict memang kalau dah pekena sekali akan nak lagi. Selain mocha kopi ni ada juga perasa ginseng. Aku tak suka ginseng sebab mocha ni lebih power bagi aku. Mungkin orang lelaki lebih suka yang ginseng tu...he3.. Kalau sapa-sapa yang nak cuba boleh la cari kopi ni kat stokis Amway... :)

Saturday, January 11, 2014

BALIK!!!!!! Yea Yea

Assalammulaikum

Hati sedikit riang sebab esok dah nak balik...tapi turun kat KL dulu sbab naik Malindo. Rancangnya nak dok KL dalam seminggu lepas tu baru balik kampung. Rindu kampung, masa ni la nak rehatkan badan dengan otak lepas berhempas pulas untuk sem ni.Tambah-tambah dengan PTA pulakkan. Semoga Allah permudahkan nak balik esok...Amin.

KL I'm coming :)

Malindo, first time esok...

Serdang I'm come back > <