C.I.N.T.A
CINTA bukan mengajar kita lemah
tetapi membangkitkan kekuatan.
CINTA bukan mengajar kita menghinakan diri
tetapi menghembuskan kegagahan.
CINTA bukan melemahkan semangat
tetapi membangkitkan semangat.
-HAMKA-
Dalam setiap keindahan akan ada mata yang melihatnya.
Dalam setiap kebenaran akan ada telinga yang mendengarnya.
Dalam setiap CINTA akan ada hati yang menerimanya.
-IVAN PANIN-
Waktu itu terlalu lambat bagi mereka yang menunggu,
Terlalu cepat bagi mereka yang takut,
Terlalu lama bagi mereka yang sedih,
Terlalu cepat bagi mereka yang bergembira,
tetapi
Bagi mereka yang jatuh CINTA,
Waktu itu abadi.
-HENRY VAN DYKE-
Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan
sentiasa menyala di mana-mana jua pun,
Yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh
seperti menerangi tempat kita sendiri
iaitu rasa CINTA dan
Kasih sayang pada segala yang bernyawa
-INNAYAN KHAN-
CINTA tidak pernah meminta,
Ia sentiasa memberi,
CINTA membawa penderitaan,
tetapi tidak pernah berdendam dan
tidak pernah membalas dendam.
Di mana ada CINTA,
Di situ ada kehidupan,
manakala kebencian membawa kepada kemusnahan
-MAHATMA GANDHI-